Bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia, sesungguhnya penglibatan semua lapisan masyarakat, konsep ini mudah diaplikasikan oleh semua peringkat tidak kira tua atau muda, bangsa, kaum dan tidak kira keupayaan seseorang malahan golongan OKU, Warga Emas, Pesakit Mental, Penagih Dadah dan kanak-kanak turut tiada masalah bagi mereka untuk bercucuk tanam. Semuanya boleh mengendalikan tanaman menggunakan kaedah ini kerana tidak memerlukan cangkul atau bermandian peluh untuk bercucuk tanam.
Dalam sektor pertanian, penanaman sayuran seperti sayuran berdaun dan sayuran buahan merupakan sumber terpenting di Malaysia. Malahan hasil yang diperolehi sekarang masih belum dapat menampung lagi keperluan domestik. Selain itu berperanan untuk mengatasi masalah pengeluaran negara di mana sedia maklum negara Malaysia mengimport sayuran daripada negara luar seperti Thailand, India, China dan Indonesia. Ini menunjukkan bahawa ekonomi di Malaysia masih tidak stabil kerana masih bergantung untuk mendapatkan keperluan utama makanan daripada negara jiran. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan pengaliran wang negara berlaku. Kaedah hidroponik adalah salah satu alternatif bagi mengatasi tersebut kerana hidroponik menawarkan cara pengendalian paling mudah , sempurna dan cepat. KEMPEN “RAKYATPONIK”.
Selain itu, hidroponik ini juga dapat memberi penyelesaian dan manfaat kepada isi rumah untuk tidak membeli sayuran di luar dengan menanam sayuran hidroponik yang berkualiti yang menjamin kesihatan. Manfaat dalam negara pula, kerajaan dapat mengurangkan kadar pengimportan sayur dari negara luar dan mengatasi masalah tanaman pengeluaran negara. Seperti yang sedia maklum, Thailand merupakan pembekal utama sayur di Malaysia yang menjadi persoalan mengapakah sayur daripada Thailand dilambakkan di Malaysia? Situasi ini berbeza dengan negara yang membangun contoh seperti negara Singapura, mereka tidak menerima sayuran daripada Thailand dimasukkan ke negara mereka. Ini kerana mereka sedar tentang kepentingan kualiti sayur yang dimakan, hal ini kerana mereka khuathiri penggunaan racun yang berbahaya digunakan pada tanaman akan memberi kesan kepada penduduk Singapura. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengimportan dalam negara serta dapat mengurangkan cukai yang dikenakan kepada negara.
