Wednesday, 21 October 2015

SEMUDAH 3T : TANAM, TINGGAL DAN TUAI

Program EDUPONIK ini  penanamannya akan menggunakan sistem hidroponik iaitu kaedah dan teknologi yang diperkenalkan dalam industri pertanian moden yang telah terbukti keberkesanannya di samping  mudah untuk dijaga dan diselenggarakan.  Dengan kaedah  ini juga, ia dapat menanam  minat terhadap  pertanian  kerana kaedah ini lebih mudah untuk dijaga “3T – Tanam, Tinggal, Tuai” dan bersih berbanding penanaman secara tradisional (menggunakan tanah). Di mana kaedah secara tradisional mereka perlu menggunakan cangkul dan di bawah sinaran matahari untuk bercucuk tanam. Dalam  menghadapi krisis makanan dengan nilai harga yang tinggi amat bertepatan dengan projek hidroponik ini kerana sesuai dijalankan walau secara kecil-kecilan.  Projek ini bukan sahaja memberi pendapatan  sampingan  bahkan pendapatan lumayan kepada mereka yang berusaha lebih efektif. Dengan ketahanan bekas takung yang boleh bertahan selama 5 tahun, ia menunjukkan bahawa generasi pelajar seterusya boleh menggunakan peralatan tersebut berulang kali kelak.   Sistem ini sangat mudah diusahakan kerana mengurangkan kos jangka masa panjang dan tenaga pekerja.  Yang menariknya hasil tanaman hidroponik adalah tinggi nilainya dan berkualiti. 


No comments:

Post a Comment