EDUPONIK membawa kepada dua patah perkataan iaitu EDUCATION yang membawa makna Pendidikan dan satu lagi perkataan iaitu HYDROPONIC yang membawa makna Hydro = Air dan Ponic = Kerja dalam bahasa Greek. Pengenalan Eduponic ini bagi memperkenal dan mempromosikan peralatan serta memberi pendedahan mengenai sistem tanaman secara hidroponik kepada pihak berkenaan bagi menjalankan projek yang melibatkan pelajar seterusnya dijadikan sebagai model aktiviti, di mana ia telah dinyatakan di dalam silibus yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga untuk tujuan aplikasi pembelajaran dalam bidang Sains pertanian dan Kemahiran Hidup. Sebagaimana yang termaktub di dalam buku Buku Aktiviti Jilid 2 Bahasa Melayu Tahun 3 keluaran DBP, Buku Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 5 serta Buku Teks Kemahiran Hidup PKSR Tahun 6 keluaran Sasbadi. Tambahan pula, ia sejajar dengan hasrat kerajaan iaitu menyarankan masyarakat menyertai Kempen Cintai Alam Sekitar, Kempen Bumi Hijau dan ia juga mendidik pelajar untuk lebih menghargai bumi hijau kita.

No comments:
Post a Comment