Wednesday, 21 October 2015

1 MALAYSIA 1 HIDROPONIK

Bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia,  sesungguhnya penglibatan semua lapisan masyarakat, konsep ini mudah diaplikasikan oleh semua peringkat tidak kira tua atau muda, bangsa, kaum dan  tidak kira keupayaan seseorang  malahan golongan  OKU, Warga Emas,  Pesakit Mental, Penagih Dadah dan  kanak-kanak  turut tiada  masalah bagi mereka untuk bercucuk tanam.  Semuanya boleh mengendalikan tanaman menggunakan kaedah ini kerana tidak memerlukan cangkul atau bermandian peluh untuk bercucuk tanam.

Dalam sektor pertanian, penanaman sayuran seperti sayuran berdaun dan sayuran buahan  merupakan sumber terpenting di Malaysia. Malahan hasil yang diperolehi sekarang masih belum dapat menampung lagi keperluan domestik.  Selain itu berperanan untuk mengatasi masalah pengeluaran negara di mana sedia maklum  negara Malaysia mengimport sayuran daripada negara luar seperti Thailand, India, China dan Indonesia.  Ini menunjukkan bahawa ekonomi di Malaysia masih tidak stabil kerana masih bergantung untuk mendapatkan  keperluan  utama makanan daripada negara jiran. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan  pengaliran wang  negara berlaku.  Kaedah  hidroponik adalah salah satu alternatif bagi mengatasi tersebut kerana hidroponik menawarkan cara pengendalian paling mudah , sempurna dan cepat.  KEMPEN “RAKYATPONIK”. 

Selain itu, hidroponik ini juga dapat memberi penyelesaian dan manfaat kepada isi rumah untuk tidak membeli sayuran di luar dengan menanam sayuran hidroponik yang berkualiti yang menjamin kesihatan.  Manfaat dalam  negara pula, kerajaan dapat mengurangkan kadar pengimportan sayur dari negara luar dan mengatasi masalah tanaman pengeluaran negara.   Seperti yang sedia maklum, Thailand merupakan pembekal utama sayur di Malaysia yang  menjadi persoalan  mengapakah sayur daripada Thailand dilambakkan di Malaysia? Situasi ini berbeza dengan  negara yang membangun contoh seperti negara Singapura, mereka tidak menerima sayuran daripada Thailand dimasukkan  ke  negara mereka.  Ini kerana mereka sedar tentang kepentingan kualiti sayur yang dimakan, hal ini kerana mereka khuathiri penggunaan racun yang berbahaya digunakan pada tanaman akan  memberi kesan kepada penduduk Singapura. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengimportan dalam  negara serta dapat mengurangkan cukai yang dikenakan kepada negara. 



1 comment:

  1. Saya nk oder baja dan nak tau macam mana cara guna dia tolong whatsapp saya balik 0174889528

    ReplyDelete