Antara objektif EDUPONIC ini adalah :
- Menyahut dan membantu melaksanakan seruan kerajaan dalam dasar “Bumi Hijau” dan “Bandar Teknologi Hijau”
- Memajukan bidang Agrobusiness dalam kalangan usahawan tani
- Membantu mereka yang ingin menjadi Agropreneur (usahawan tani) yang Berjaya walaupun tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang pertanian
- Membantu usahawan tani untuk keluar daripada kelompok kemiskinan
- Menyatakan hasrat “Kempen Merakyatkan Hidroponik” dengan memberi kesedaran kepada pengguna untuk menanam sendiri sayuran yang bersih, suci dan segar (bebas dari sisa baki racun dan najis)
- Menyahut dan membantu melaksanakan seruan kerajaan mengenai kempen “Bumi Hijau” serta “Pertanian Satu Perniagaan” yang dapat membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan bagi mengatasi kegawatan ekonomi yang dialami masa kini.
- Mempromosikan Malaysia ke luar negara dan menarik perhatian pelancong asing untuk mempelajari teknik tanaman hidroponik domestic.
- Membantu usahawan tani dalam kegiatan pertanian moden (Hidroponik Peneraju Inovasi Hijau) .
- Membantu usahawan tani dalam pengkomersilan.
- Meningkatkan pendapatan isi rumah dalam kalangan usahawan tani
- Memindahkan ilmu ( knowledge, skills, attitude) keusahawanan kepada usahawan tani.
- Mengatasi masalah pengangguran.
- Mengeratkan lagi hubungan antara pihak kementerian dengan usahawan tani dan komuniti.
- Melahirkan insan yang celik pertanian, tidak kira usia atau keupayaan (sekolah tadika hinggalah warga emas)
- Menambah pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi.
- Mengurangkan pengimportan sayur daripada negara luar (pengaliran wang keluar)

No comments:
Post a Comment