Wednesday, 21 October 2015

PENGENALAN HIDROPONIK DI MALAYSIA

Saranan kerajaan agar rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan serta menggunakan barangan buatan Malaysia bagi mengatasi kegawatan ekonomi  telah mendapat perhatian seluruh masyarakat di dalam pelbagai aspek dan industri.

Masaalah  ketiadaan masa, tempat untuk bercucuk tanam dan pengetahuan mengenai cara bercucuk tanam tidak boleh lagi dijadikan alasan  melalui kaedah penanaman secara hidroponik ianya dapat diatasi dengan mudah.  Malah dengan kaedah ini, suri rumah boleh mengamalkannya untuk membantu  mengurangkan  perbelanjaan dapur dengan menanamnya sendiri di rumah dalam konteks “Kebun Dapur”.

Sistem tanaman  sayuran  menggunakan hidroponik tanpa pam kini bukan asing lagi bagi masyarakat dan perlaksanaannya juga mudah berbanding dengan  menanam di atas tanah dan tidak memerlukan  kawasan yang luas.  Melalui revolusi ini, sesiapa sahaja mampu untuk menjalankan tanaman hidroponik di mana-mana sahaja walaupun di sekitar kawasan yang amat terhad seperi di tepi rumah, balkoni, beranda dan patio.

Persoalannya Kenapa Manusia digalakkan makan sayur? Adakah  kita memakan sayuran pada hari ini, telah memenuhi penilaian  kesihatan yang baik dan sewajarnya diperolehi ? Sayuran ditanam dengan cara hidroponik memberi hasil yang baik tanpa memerlukan penjagaan rapi.   Selain itu, ianya juga merupakan salah  satu cara memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa betapa pentingnya menjaga kesihatan. Melalui tanaman secara hidroponik sahaja yang boleh menghasilkan  tanaman yang bersih, berkualiti, suci dan segar.  Dan yang penting adalah tanaman hidroponik bebas dari sisa baki racun dan baik untuk amalan pemakanan harian.

CARA PENANAMAN KONVENSIONAL



No comments:

Post a Comment