Konsep tanaman hidroponik ini tidak memerlukan pam elektrik, berbeza dengan negara maju di mana tanaman hidroponik yang ditanam menggunakan pam elektrik. Ianya ditanam secara komersial dan secara besar-besaran dan melibatkan kos yang tinggi, ini secara tidak langsung hasil tanaman sistem pam dijual dengan harga yang tinggi di pasaran. Individu atau masyarakat tidak berpeluang untuk menanam sendiri hidroponik kerana kosnya terlalu mahal. Berbanding dengan kaedah hidroponik domestik ini, individu berpeluang untuk menanam dengan hanya bermodalkan RM 50.00 untuk satu set yang boleh mengeluarkan 1 ½ kg setiap set. Jika setiap rumah mempunyai 6 set hingga 10 set hidroponik, mereka tidak perlu membeli sayur di pasar lagi.











